MERAWAT BELL'S PALSY SECARA SEMULAJADI
Lately ni banyak dengar pasal Bell's Palsy. Apa tu bell's palsy? Bell's Palsy menyebabkan seorang pesakit mengalami kesukaran untuk menutup mata, pipi mengeras dan mulut jatuh kebawah serta menjadi senget sebelah. Bell's palsy tidak akan mengakibatkan seseorang itu lumpuh keseluruhan badannya. Sehingga hari ini, doktor tidak dapat memastikan apakah punca sebenar yang mendorong kepada penyakit bell's palsy. Bell's palsy tidak berpunca daripada darah tinggi, diabetes atau penyakit kronik yang lain. Bell's palsy mungkin terjadi disebabkan oleh sejenis virus herpes yang menyerang bahagian saraf di muka. Apabila virus ini aktif, ia mengakibatkan saraf menjadi tegang dan keras. Kebiasaanya, doktor akan memberi steroid kepada pesakit bell's palsy untuk memulihkan keadaan muka. Pesakit bell's palsy juga harus menjalankan fisioterapi untuk kembali pulih sediakala. Ada yang ambil masa begitu lama untuk pulih. Ada juga pesakit yang sembuh selepas