NIKMATI PEANUT BUTTER TANPA RASA BERSALAH

Peanut butter yang dijual di pasaraya dan kedai-kedai kebiasaannya mengandungi kandungan gula, garam dan minyak yang berlebihan. Memang sangat tak elok untuk kesihatan.

Oleh kerana timbul sedikit kesedaran untuk mengubah tabiat makan, terdapat sesetengah dari kita membuat sendiri peanut butter yang sihat lagi sedap. Bukan setakat peanut butter. Malahan makanan lain turut diproses sendiri dengan cara yang lebih menyihatkan. 

Kakak pun tak terkecuali dari memproses sendiri peanut butter. Kakak memang peminat setia peanut butter. Lagi-lagi kalau yang crunchy. Makan pulak dengan roti bakar. 

Sebenarnya, nak menyediakan peanut butter yang sihat tidak lah susah sangat. Cuma perlukan kesabaran dan kerajinan je. Bagi yang mempunyai anak, memang amat sesuai buat sendiri peanut butter. 

Kacang tanah adalah bahan utama yang digunakan untuk membuat peanut butter. Kacang tanah tergolong dalam kumpulan kacang yang sihat untuk dinikmati bagi orang berdiet. 

Dalam penyediaan peanut butter yang sihat ni, anda cuma perlukan kacang tanah sahaja. Selebihnya terpulang kepada anda nak letak perasa tambahan ape. Janji yang sihat la. 

Ok dibawah ni kakak share resepi peanut butter kakak yang simple tapi sedap (bagi kakak la). Hehe

Bahan-bahan
1. Kacang tanah
2. Madu

Cara-cara
1. Basuh kacang tanah. Sangai diatas api perlahan. Sentiasa kacau sehingga betul2 masak. Boleh juga dibalar menggunakan oven. Ini lagi cepat la
2. Blend halus kacang tanah tersebut. Letak sedikit madu untuk perasa. Sebenarnya, kacang tanah itu sendiri dah memang ade rasa yang sedap. Tak perlu perasa pun. 
3. Siap dan sudah boleh dinikmati. Memang sangat mudah. Dan menyihatkan. 

Boleh buat banyak-banyak dan simpan sebagai stok makan bila-bila. 

Selamat mencuba semua. 


Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA KREATININ PESAKIT BUAH PINGGANG INI TURUN MENDADAK

SPAGHETTI MASAK LEMAK UDANG

CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN