Posts

Showing posts from November 12, 2017

NIKMATI PEANUT BUTTER TANPA RASA BERSALAH

Peanut butter yang dijual di pasaraya dan kedai-kedai kebiasaannya mengandungi kandungan gula, garam dan minyak yang berlebihan. Memang sangat tak elok untuk kesihatan. Oleh kerana timbul sedikit kesedaran untuk mengubah tabiat makan, terdapat sesetengah dari kita membuat sendiri peanut butter yang sihat lagi sedap. Bukan setakat peanut butter. Malahan makanan lain turut diproses sendiri dengan cara yang lebih menyihatkan.  Kakak pun tak terkecuali dari memproses sendiri peanut butter. Kakak memang peminat setia peanut butter. Lagi-lagi kalau yang crunchy. Makan pulak dengan roti bakar.  Sebenarnya, nak menyediakan peanut butter yang sihat tidak lah susah sangat. Cuma perlukan kesabaran dan kerajinan je. Bagi yang mempunyai anak, memang amat sesuai buat sendiri peanut butter.  Kacang tanah adalah bahan utama yang digunakan untuk membuat peanut butter. Kacang tanah tergolong dalam kumpulan kacang yang sihat untuk dinikmati bagi orang berdiet.  Dalam penyediaan peanut