KEPENTINGAN SPF UNTUK ELAK KULIT KUSAM

Akibat sering terdedah kepada sinaran matahari, kulit wajah mudah menjadi kusam, kering dan nampak tua. Sinaran matahari sekitar jam 10 pagi sehingga 4 petang adalah tidak elok untuk kesihatan kulit. Ia mampu membuatkan kulit anda bertambah kusam dan mempercepatkan proses sel kulit mati. Pemakaian pelindung matahari (UV lotion atau sunblock) yang mempunyai SPF adalah digalakkan.

SPF boleh dikatakan sebagai ukuran perlindungan, yang mempunyai perkaitan dengan jangka masa anda boleh berada dibawah sinaran matahari sebelum anda mengalami sunburn. Contohnya SPF 30 akan membolehkan anda berada di bawah cahaya matahari 30 kali lebih lama, berbanding tanpa penggunaan sunblock. Sekiranya anda boleh duduk di bawah cahaya matahari tanpa terbakar kulit selama 10 minit, penggunaan produk yang mempunyai SPF 30 membolehkan anda berada di bawah cahaya matahari selama 30 x 10 minit, iaitu bersamaan 300 minit atau 5 jam*.

*hanya anggaran kasar. 

Sinar matahari yang berbahaya bagi kulit mahupun mata ialah UVA dan UVB yang tidak kelihatan pada pandangan mata. UVB menyebabkan kerosakan pertama pada permukaan kulit atau epidermis. Walau bagaimanapun, sinar UVA juga meresap ke bahagian kulit yang lebih dalam dan boleh merosakkan serat kulit dan keanjalannya. Ia menyebabkan kesan jangka panjang seperti penuaan pra matang dan kedutan.

Pendedahan kepada cahaya UV adalah faktor persekitaran yang paling penting yang boleh menyebabkan kanser kulit dan bibir. Kanser melanoma adalah jenis kanser yang sangat merbahaya. Selain daripada itu, cahaya UV ini juga akan menyebabkan penuaan pra matang iaitu proses penuaan yang berlaku lebih cepat daripada sepatutnya. Malah ia uga boleh membawa kepada masalah mata yang dikenali sebagai katarak. Kerosakan yang berlaku pada kulit akibat cahaya matahari adalah cumulative, iaitu ia akan berkumpul. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa kanak-kanak diberi perhatian yang lebih tentang bahaya pendedahan kepada cahaya matahari.

Adalah dianggarkan bahawa individu yang berusia 15 tahun telah pun menerima separuh daripada jumlah keseluruhan hidupnya, radiasi-radiasi yang merbahaya akibat cahaya matahari. Ini kerana kanak-kanak lebih gemar bermain di luar rumah tanpa memikirkan keburukan yang bakal mereka hadapi

Dalam rangkaian Skin Care Nutriwhite terdapat lotion yang dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion.
Antara bahan utamanya adalah;
  • Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari
  •  Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.
  • Mempunyai SPF15

Antara fungsinya ialah:
  • Membantu mengelakkan kerosakan dari matahari
  • Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari
  • Memberi perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi
  • Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar.

Terdapat juga cara yang lebih berkesan untuk mengelakkan kulit kusam akibat daripada sinaran UV dengan menggunakan set Skin Care Nutriwhite dari Shaklee.

1. Remove Kulit Mati - Dengan menggunakan Gentle Action Make Up Remover
2. Mencuci Muka - Dengan Gentle Deep Foaming Cleanser
3. Tutup Liang Pori Dengan Toner - Dengan Soothing Radiance Whitening Softner
4. Cegah Dari Sinaran UV - Guna Ultimate Protection Whitening Creme. Ada SPF15.
5. Repair Kulit PadaWaktu Malam - Guna Overnight Renewal Whitening Cream

Untuk dalaman, pengambilan Vitamin C sangat penting untuk mengelakkan radiasi dari sinaran UV.





Jom dapatkan Vitamin C dan set Skin Care Shaklee hanya dari saya 017-9174735

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA KREATININ PESAKIT BUAH PINGGANG INI TURUN MENDADAK

SPAGHETTI MASAK LEMAK UDANG

CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN