CARA MUDAH HILANGKAN JERAWAT

Muka berjerawat boleh mengundang emosi tidak stabil bagi sesetengah orang. Rasa macam diperhatikan je. Sampaikan keyakinan diri tu dah di paras bahaya. Nak tengok cermin pun malas. 

Masalahnya, asal ade jerawat je, tangan tu mula la gatal duk sentuh, sapu-sapu kat bahagian muka. Tangan tu kalau bersih takpe la jugak. Tapi jangan jadikan tabiat menyentuh muka even takde jerawat. Kita tak tahu kuman ape yang ade di tangan. 

Berikut kakak nak kongsikan tips hilangkan jerawat yang sangat mudah. Kalau anda berjaya ikut kesemua tips ni, in shaa Allah kulit muka anda bebas jerawat. 

1) Elakkan kerap pegang muka

Yang ni memang kena jaga sangat. Seperti yang kakak duk cakap kat atas, samada muka berjerawat atau tak, jangan biasakan diri pegang or sentuh muka. Kuman-kuman mungkin ade di tangan anda. 

Yang kulit muka berjerawat lagi la kena jaga. Kalau asyik pegang muka, mula la tangan tu gatal nak picit kasi pecah semua jerawat-jerawat yang ade. Kononnya nak cepat baik. Padahal lagi tinggal kesan parut. 



2) Minum air masak secukupnya

Tips hilangkan jerawat yang ni adalah dari experience kakak. Dengan meminum air yang banyak, ia boleh memberi kelembapan kepada kulit. Takde la terlalu kering or terlalu berminyak. 

Lagipun, air masak kan boleh membantu badan kita membuang toksin dengan lebih cepat. Proses nak hilangkan jerawat tu akan jadi lebih cepat dari biasa. 




3) Elakkan makanan berminyak

Makanan berminyak, kalau diambil berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Sama juga seperti jerawat. Dengan pengambilan makanan yang berminyak secara berlebihan, ia akan membantu pengeluaran jerawat dengan lebih dasyat. 

Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi anti oksida. 



4) Lidah buaya

Lidah buaya atau aloe vera mempunyai banyak khasiat yang sesuai untuk menghilangkan jerawat. Kandungan mineral, Vitamin E dan C membantu mempercepatkan penyembuhan kulit berjerawat. 

Lidah buaya memberikan sensasi dingin dan menyejukkan kulit muka membuatkan sesiapa yang ade jerawat merasa selesa. 




5) Kulit kayu manis

Kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dan parutnya. Harus diingatkan bahawa kulit kayu manis akan memberi kesan pedih apabila dipakai pada muka yang berjerawat. Namun hasilnya boleh menggembirakan hati kalau selalu diamalkan. 




6) Amalkan Vitamin C dan E Shaklee

Kalau semua dah cuba cara luaran, apakata cuba hilangkan jerawat dari dalam. Sesetengah orang rasa cara tradisional terlalu leceh dan cerewet. Dengan pengambilan Vitamin E dan C, ia dapat menyelesaikan masalah anda. 

Vitamin C dan E Shaklee dapat membantu anda membuang tokson yang merupakan salah satu punca jerawat. Duo ini juga dapat membantu mengawal keseimbangan pH muka supaya tak terlalu berasid dan tak terlalu berminyak. Ini membolehkan jerawat cepat surut dan tak membiak dengan jayanya. 




Boleh hubungi saya untuk dapatkan dua Vitamin kulit anda ini dengan segera. 

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA KREATININ PESAKIT BUAH PINGGANG INI TURUN MENDADAK

SPAGHETTI MASAK LEMAK UDANG

CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN