TIDAK SARAPAN PUNCA GEMUK

Sarapan pagi adalah penting untuk semua orang tak kira la orang tu on diet ke tak. Pengambilan sarapan yang betul akan memberikan impak yang baik kepada tubuh badan. Mengabaikan sarapan pagi akan meningkatkan risiko sindrom metabolik.

Sindrom metabolik merupakan satu istilah perubatan bagi kombinasi tiga penyakit berkait iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti dan ia boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. 

Beberapa kajian telah dilakukan keatas individu tentang pengambilan sarapan pagi. Kajian tersebut memakan masa selama 27 tahun untuk melihat kesan pengambilan sarapan pagi yang tidak teratur atau sambil lewa ke atas individu. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa individu yang mengabaikan sarapan pagi atau bersarapan sambil lewa boleh menyebabkan masalah obesiti dan kencing manis. Ini turut menjelaskan istilah sindrom metabolik. Keadaan ini berlaku kerana individu tersebut telah mengabaikan pengambilan sarapan pagi atau bersarapan sambil lewa sedaro kanak-kanak lagi. 

Kajian turut membuktikan bahawa pengambilan sarapan pagi yang banyak serta berkhasiat dan mengurangkan pengambilan makanan tengahari serta malam mampu memberikan kadar penurunan berat badan lebih cepat berbanding mereka yang kurang bersarapan pagi dan mengambil makanan yang banyak pada waktu tengahari dan malam. 

Anda masih belum terlambat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat. Bagi yang mempunyai anak kecil, berilah sarapan pagi yang terbaik untuk mereka dan jagalah pemakanan mereka sedari awal untuk mengelakkan terjadinya sindrom metabolik.


Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA KREATININ PESAKIT BUAH PINGGANG INI TURUN MENDADAK

SPAGHETTI MASAK LEMAK UDANG

CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN