CARA HILANGKAN SUNBURN DENGAN CEPAT

Banyak terdedah kepada aktiviti luar di bawah cahaya matahari boleh menyebabkan seseorang mendapat sunburn atau suntan. Penembusan cahaya cahaya UV ke dalam lapisan kulit akan menyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap.

Keadaan ini dikenali sebagai suntan. Suntan adalah petanda bahawa kulit menjadi tidak sihat yang disebabkan oleh tindakbalas kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel sel kulit anda.

Sunburn pula ialah proses apabila kulit menjadi terbakar kerana tidak tahan dengan cahaya matahari yang mengenainya. Sunburn selalunya tidak dapat dilihat serta merta. Kadangkala ia mengambil masa sehingga 24 jam untuk melihat kerosakan sebenar yang ditanggung.

Terdapat 3 tahap Sunburn:

  1. Sunburn tahap pertama atau ringan. Kulit menjadi kemerah-merahan yang disertai dengan rasa sakit
  2. Sunburn tahap kedua. Terdapat gelembung yang berisi cairan yang disertai rasa sakit.
  3. Sunburn tahap ketiga atau berat. Rasa sakit yang kuat pada muka. Sunburn tahap ini memerlukan perhatian dari Doktor.
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan sunburn secara semulajadi. Antaranya ialah:
  • Aloe Vera. Gunakan pokok lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya dapat meringankan rasa perit dan membantu tubuh untuk menghasilkan kulit baru. Jika sukar mendapatkan pokok lidah buaya, boleh juga digantikan dengan losyen aloe vera.
  • Krim Hydrocoticone. Sejenis krim yang bertindak untuk mengurangkan rasa kegatalan pada kulit muka.
  • Natural Yogurt. Natural yogurt iaitu yogurt tanpa perisa dapat membantu melembabkan dan mendinginkan kulit serta mengurangkan rasa pedih dimuka.
  • Timun dan Kentang. 2 jenis sayuran ini mampu meredakan rasa sakit, perit dan gatal pada kulit muka kerana sifatnya yang meyejukkan serta mendinginkan.
  • Teh. Gunakan teh hitam atau teh hijau sebagai rawatan. Teh hitam dan teh hijau mengandungi tannis dan komponen lainnya yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit.
Bagaimana rangkaian produk Shaklee dapat membantu menghilangkan sunburn dengan cepat?
  1. Sustained Release Vita-C. Vitamin C adalah kuasa antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV. Dengan pengambilan vitamin C Shaklee, sebanyak 2 biji (1000 miligram) sehari selama 3 hari mampu mempercepatkan proses pemulihan sunburn.
  2. Gentle Deep Foaming Cleanser. Pembersih muka Nutriwhite ini dapat membantu menyeragamkan warna kulit muka yang disebabkan oleh kandungan Strawberi Begonia yang terdapat dalam Gentle Deep Foaming Cleanser.
  3. Overnight Renewal Whitening Cream. Krim ini bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit.Kandungan Linden membekalkan khasiat dan melembabkan lapisan kulit paling dalam. Selain itu, kandungan Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit manakala kandungan Vitamin C aktif dapat mengurangkan jeragat dan cela serta melawan radikal bebas akibat sinaran UV.




Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA KREATININ PESAKIT BUAH PINGGANG INI TURUN MENDADAK

SPAGHETTI MASAK LEMAK UDANG

CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN