SERBUK SOYA BERKUALITI TINGGI

Dulu kakak tak minat juga dengan soya serbuk ni sebab rasanya tak sedap. Huhu. Jadi memang takut dah nak cuba soya serbuk-serbuk ni. Kalau nak minum soya memang beli yang kotak atau yang kat pasar tani tu haa. Soya panas! Sedap!

Sejak dah kenal Shaklee ni, kakak beranikan dirilah cuba soya serbuk ni. Mula-mula campur dengan Milo. Uiks, tak sesuai dengan selera kakak sebab rasa dia macam manis-manis gitu.

Kakak cubalah campur dengan minuman lain. Cuba punya cuba, kakak dah jatuh cinta sangat dengan soya serbuk Shaklee ni dicampur dengan susu. Sedap sungguh tau. Memang sangat sesuai untuk penggemar susu segar macam kakak.

Sejak dari tu kakak memang tak tinggallah soya serbuk ni. Dah takde dah perasaan benci dekat soya serbuk yang kurang sedap dulu-dulu tu. Sekarang ni dah siap boleh shake dengan air sejuk atau air suam sahaja tau. Rasa sedap jer. Hehe.

Kalau korang suka manis-manis, bolehlah campur dengan jus-jus kesukaan korang. Tapi elok kalau jus tu jus yang buat sendiri sebab nanti minum jus yang dijual di pasaran tu, banyak kandungan gulanya. Jusnya tak seberapa pun.

Kakak bukan sekadar suka sebab sedap je tau. Haaa, ni kakak kongsikan beberapa fakta sahih yang siap dengan rujukan lagi tau. Kenapa kakak pilih serbuk soya Shaklee ni.

1. Soya ni tak diubah genetiknya. Bahasa sainsnya adalah NON-GMO. Maksudnya soya ni ditanam tanpa sebarang 'UBAT' supaya membesar dengan cepat untuk kutip hasil dengan cepat. Cara penanaman dan pemprosesannya dipantau dengan ketat.

2. Setiap hidangan soya ni membekalkan 14 gram protein yang berasaskan tumbuhan. Protein soya ni juga dapat membantu menurunkan paras koleterol. (Jumlah soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan kolesterol ialah 25 gram sehari, maksudnya perlu ambil 2 hidangan protein soya ni kalau ada masalah kolesterol)

3. Protein soya ni membekalkan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita.

4. Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Nak tau BONUSnya apabila kakak amalkan soya ni?

-Sel-sel kulit jadi makin sihat. Perkembangan dan pertumbuhan kulit pun makin baik, maksudnya taklah berkedut sebelum usia sebab protein ni boleh bantu hilangkan kedutan-kedutan juga.

-Bahan semuladi yang terdapat dalam soya dapat membantu memberikan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit.

-Kulit semakin anjal dan meningkat penghasilan kolagen dalam tubuh kita.

Korang boleh cek yang kakak kongsikan ni dalam rujukan-rujukan yang ahkak sertakan di bawah ni ya.

Rujukan:
1. Skovgaard GR, Jensen AS, Sigler ML. Effect of a novel dietary supplement on skin aging in post-menopausal women. Eur. J. Clin. Nutr. 2006, 60, 1201-6.
2. Draelos ZD, Blair R, Tabor A. Oral soy supplementation and dermatology. Cosmetic Dermatology.
2007, 20, 202-204.
3. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics (Sao Paulo). 2009, 64, 505-10.
4. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci Vitaminol. 2007, 53, 57-62.



Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA KREATININ PESAKIT BUAH PINGGANG INI TURUN MENDADAK

SPAGHETTI MASAK LEMAK UDANG

CARA KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN